suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu malu-malu dedah hubungan dengan Cik Epal, tak tolak andai takdir jodoh bersama

DIJODOHKAN dengan pembantu peribadinya dikenali sebagai Ammar, personaliti media sosial Cik Epal tampil menjelaskan status sebenar hubungan mereka.

Jelas Cik Epal atau nama sebenarnya Nor Munirah Mahmud, 34, buat masa ini dia masih belum mempunyai teman lelaki, namun tidak menolak kemungkinan sekiranya ditakdirkan berjodohan dengan Ammar.

“Saya hanya berserah kepada Allah dan juga takdir. Saya juga selesa dengan dia, banyak yang kami kongsikan luahan dan pendapat bersama.

“Dia pun banyak bagi nasihat berguna kepada saya. Kalau sudah ditakdirkan, ada jodoh maka ada lah. Kalau tiada pun okay sahaja untuk saya hidup solo,” katanya kepada mStar.

Cik Epal memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada acara Meet and Greet Senario, Cik Epal dan Ammar bersama peminat di Jakel baru-baru ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi