suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ezzanie Jasny tak ambil ringan soal penjagaan wajah, jerawat tumbuh pun boleh stres... "Call klinik, doktor, macam mana nak buat ni?"

DIPUJI antara pelakon wanita yang cantik di Malaysia, Ezzanie Jasny menganggap perkara itu sebagai satu tanggapan yang subjektif.

Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, berkata setiap ciptaan Allah SWT mempunyai keindahan tersendiri dan paling penting adalah cara seseorang membawa diri.

Menurut Ezzanie, seseorang yang berada dalam industri seni juga perlu menjaga tingkah laku jika mahu kekal lama dalam bidang tersebut.

“Cantik itu subjektif, paling penting cara pembawakan diri.

“Bila dah masuk dalam industri, jangan buat benda bukan-bukan kalau nak bertahan lama.

“Bagi saya semua cantik, ciptaan Allah memang cantik-cantik,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai penjagaan diri, Ezzanie mengakui dia mempunyai rutin penjagaan kulit wajah yang dilakukan secara konsisten.

Malah, pelakon itu memberitahu dia mudah berasa tertekan jika mengalami masalah kulit, termasuk apabila muncul jerawat pada wajah.

“Rutin skincare memang kena ada. Saya kalau naik satu jerawat pun dah stres,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi