suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kurang tawaran melawak dan program komedi di televisyen, Atu Zero tukar jadi pengacara… Fokus bidang agama pula

PELAWAK Atu Zero memberitahu tawaran untuk muncul di program komedi tidak lagi sebanyak dahulu, namun dia masih lagi bergiat aktif menerusi kerja-kerja di belakang tabir dan bidang pengacaraan.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 33, berkata, kebanyakan tawaran yang diterima ketika ini melibatkan tugas sebagai pengacara bagi majlis korporat dan program kerajaan.

Malah Atu berkata, dia bakal mengendalikan program berunsurkan ilmiah serta agama.

“Saya sekarang ni macam kurang sikit dapat tawaran di televisyen dan banyak belakang tabir banyak tapi sekarang macam lebih kepada pengacaraan tertumpu kepada majlis koprat kerajaan.

“Kalau tengok sekarang ni saya macam kurang sikit dalam bidang lawak terutama sitkom komedi sebab mungkin selesa dalam bidang pengacaraan... masih lagi menunggu program dan pentas yang besar pula.

“Selepas ini saya akan mengacara program ilmiah dan agama mungkin hujung tahun ni, jadi saya banyak dekatkan diri dengan program agama serta banyak bergaul dengan ustaz,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi