suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai suka tengok Hazama berlakon, ada peminat minta berhenti menyanyi... “Saya nak jadi macam P. Ramlee”

SELEPAS dilihat semakin aktif dalam bidang lakonan, penyanyi Hazama tidak menyangka ramai peminat mula meminta supaya dia terus mengembangkan kerjaya dalam bidang tersebut.

Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, 42, berkata, dia menerima pandangan dan komen netizen itu dengan hati terbuka.

Malah, menganggap ia sebagai tanda penghargaan apabila ramai mula menerima bakatnya sebagai pelakon.

"Kalau kita lihat ramai pemain industri yang terawal dulu, memang macam ni menyanyi dan berlakon semua jadi… Bagus juga kalau orang ramai dah mula nampak bakat saya dalam lakonan.

"Saya harap bila berada di mana-mana pentas sebagai pelakon atau penyanyi orang boleh terima dan tiada sebarang pertikaian saya punya kredibiliti sebagai pelakon atau penyanyi kelak.

"Harap orang tak nampak saya sebagai orang yang tamak tapi lebih kepada seniman atau anak seni... Saya nak jadi macam idola saya Tan Sri P. Ramlee, Awie, sebab mereka (penyanyi) lalu jalan seperti ni dulu jadi harap jangan keliru dengan perjuangan saya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi