suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Babak koma tapi tangan bergerak... Pengarah ‘Bulan Henti Bicara’ minta maaf terlepas pandang, kejar waktu siaran

BABAK watak Amira lakonan Qistina Rania yang sedang koma tetapi tiba-tiba dilihat mampu bergerak dan memegang topeng oksigen dalam drama Bulan Henti Bicara mengundang pelbagai reaksi daripada penonton.

Mengakui perkara tersebut sebagai kekhilafan pihak produksi, pengarah drama berkenaan iaitu Eyra Rahman memohon maaf dan menjelaskan pihaknya tidak sengaja memaparkan babak tersebut untuk tayangan.

Menurut Eyra, 44, perkara itu berlaku kerana pihaknya terlepas pandang ketika proses akhir penyuntingan.

“Saya minta maaf. Kami pun tidak sempurna dan ada kekhilafan sendiri yang terlepas pandang.

“Cuma saya minta lihat yang sempurna dan tidak tengok kesalahan yang sedikit itu.

“Kalau 28 episod tetapi kantoi hanya satu atau dua babak, jangan pandang ke arah itu,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Eyra mengakui komen penonton di media sosial membantu pihak produksi menyedari kekurangan yang berlaku dalam drama tersebut.

Katanya, kekangan masa ketika proses akhir suntingan antara faktor menyebabkan beberapa perkara tidak disedari sebelum bahan dihantar untuk siaran.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi