suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tawar peluang melabur dalam syarikat Bumbu Babah, tak fasal-fasal Ajak Shiro dituduh ‘scammer’

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro tidak mengambil hati apabila ada pihak melabelnya sebagai scammer susulan usaha mendapatkan dana menerusi kaedah equity crowdfunding (ECF) terhadap syarikatnya iaitu Bumbu Babah.

Menafikan dakwaan tersebut, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 41, menjelaskan tuduhan itu sama sekali tidak benar dan meminta orang ramai selidik terlebih dahulu mengenai syarikatnya sebelum mengeluarkan kenyataan itu.

“Dalam perniagaan kita perlukan dana untuk kembangkan jadi saya guna kan equity crowdfunding (ECF) untuk buat pungutan atau cari dana, erti kata lain jual sikit saham syarikat kita kepada orang ramai untuk besarkannya.

“Sasaran saya syarikat Bumbu Babah ni akan ke IPO (Initial Public Offering) pada tahun 2028, jadi mana-mana pemegang saham Bumbu Babah sekarang ini akan dapat manfaat tidak lama lagi, tapi ada juga terus cakap saya scammer.

“Tidak adil untuk cakap macam tu tanpa selidik, kalau nak cakap saya scammer cuba lihat saya sudah mempunyai 60 cawangan dan perniagaan ini memang sedang berjalan jadi kalau nak cakap macam tu baik cari orang yang tiada apa-apa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi