suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bocil pilih menetap di Indonesia, kurang ‘job’ belum mampu pindah Malaysia - “Siapa tahu dapat jodoh orang sini”

PELAWAK Bocil Bancin mengakui dia masih menyimpan hasrat untuk kembali aktif dalam dunia hiburan dan menyertai program komedi di Malaysia seperti dahulu.

Bocil atau Muhammad Abdi Zein Bancin, 42, bagaimanapun berkata, dia menyedari dirinya mungkin belum menjadi pilihan utama pihak produksi lantas membuat peluang buatnya kembali agak tipis.

"Secara jujurnya saya tidak suka gimik dan saya sebenarnya memang teringin nak sertai program komedi atau 'comeback' tapi orang tak nampak.

"Mungkin juga pihak produksi tidak nampak atau memilih pelawak yang bersesuaian berdasarkan populariti artis itu sama ada naik atau turun.

"Rasanya pihak produksi belum teringin nak panggil saya sertai program komedi lagi kot di Malaysia, tak apa rezeki tuhan itu ada di mana-mana," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Bocil memberitahu dia sudah menetap di Indonesia dan kerap berulang-alik ke Malaysia kerana kurang tawaran kerja.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi