suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafiz Hamidun tak harap duit royalti semata-mata, buat banyak kerja tambah pendapatan

PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun tidak mengharapkan hasil royalti sebagai satu-satunya sumber pendapatan.

Menurut Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun, 42, dia melakukan pelbagai pekerjaan lain bagi menambahkan sumber pendapatannya itu.

Katanya, hasil royalti yang diterima digunakan sebaiknya untuk menjalankan pelbagai projek termasuk program, penghasilan album dan produksi.

“Bila kita bekerja, jangan harapkan satu pendapatan semata-mata. Macam royalti yang saya dapat, saya gunakan untuk buat macam-macam program, album dan produksi lagi.

“Bagi saya, ia sekadar cukup dan saya buat macam-macam kerja. Jadi, bukan sekadar hanya royalti sebagai sumber pendapatan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan royalti yang saya dapat dan saya akan gunakan sebaiknya untuk manfaat seterusnya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hafiz melihat pendapatan daripada royalti sebagai satu bentuk rezeki yang perlu diuruskan dengan baik dan dimanfaatkan untuk menghasilkan lebih banyak karya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi