suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan kecewa persatuan sedia ada, Johan tubuh ‘Sebati’ kerana mahu himpunkan selebriti... “Nak jumpa antara artis susah”

 PELAWAK dan penyampai radio, Johan, menubuhkan Persatuan Selebriti dan Komuniti (Sebati) selepas menerima permintaan daripada beberapa rakan dalam kalangan selebriti yang tidak menyertai mana-mana persatuan untuk menyediakan sebuah platform buat mereka.

Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 42, bagaimanapun menegaskan idea penubuhan Sebati bukanlah kerana dia kecewa terhadap mana-mana badan yang mewakili golongan artis.

Malah, dia sendiri masih menyertai beberapa persatuan termasuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

"Saya tak cakap saya kecewa, sebab saya join sahaja semua persatuan macam Seniman dan Karyawan.

"Tapi mereka yang tiada persatuan ini minta saya kendalikan, jadi nak senang saya tubuh satu persatuan.

"Senang, tidaklah semua saya buat, boleh agihkan kerja pada yang lain untuk buat sesuatu program," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Johan berkata Sebati ditubuhkan sebagai satu platform untuk merapatkan hubungan dalam kalangan selebriti selain menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada ahlinya.

Malah, Johan menjelaskan tiada sebarang bayaran atau yuran dikenakan kepada individu yang berminat untuk menjadi ahli Sebati.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi