suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teliti pilih makanan, Razib Salimin makan ayam kampung sahaja... Kongsi rahsia kekal sihat dan kuat ingatan

PELAKON veteran Razib Salimin kekal cergas dan aktif meskipun usianya kini sudah mencecah 65 tahun.

Menurut Razib atau Mohd Razib Salimin, antara rahsia utama untuk memastikan tubuh badan kekal sihat serta minda sentiasa cergas adalah dengan sentiasa berfikiran positif.

"Untuk dapatkan kesihatan dan ingatan yang bagus, saya sentiasa berfikiran positif.

“Bila kita positif, apa yang datang selepas itu pun kita akan lihat dari sudut yang positif. Contohnya dalam koreografi, apabila sudah berusia, ingatan kita mungkin semakin kurang berbanding ketika muda.

“Tetapi dengan berkat pemikiran yang positif, tahap ingatan pun posiitif jadi tak ganggu kerja,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai rutin pemakanan, Razib memberitahu dia cukup teliti dalam memilih makanan dan lebih mengutamakan bahan yang dirasakan lebih segar serta semula jadi.

"Dari sudut makanan, saya sangat teliti sebab makanan kita sekarang sudah tidak seasli dulu. Tapi saya tidak ambil ayam dari pasar dan sebagainya.

"Saya lebih suka makan ayam kampung dan kalau nak makan telur pun, saya pilih telur ayam kampung. Minuman bergas pun saya elakkanlah," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi