suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cik Man sempat selesaikan filem ‘Hantu Musang King’, Joey dan Bocil tak lupa kenangan bersama arwah

PENGARAH produksi filem Hantu Musang King, Shahrul Nizam tidak menyangka penglibatannya bersama Allahyarham Cik Man dalam filem tersebut menjadi kenangan terakhir mereka.

Shahrul Nizam, 40, berkata dia hanya sempat bertemu arwah sekali ketika menjalani penggambaran, namun memuji komitmen yang diberikan Cik Man sepanjang berada di set.

“Saya tak sangka Allahyarham pergi dengan begitu cepat sebab saya hanya berjumpa hanya sekali saja dengannya sewaktu penggambaran filem ni.

“Allahyarham memberikan komitmen sangat baik sewaktu tempoh penggambaran, tiada masalah di set dan semua babaknya sempat diselesaikan.

“Saya difahamkan ini merupakan filem terakhinya sebelum meninggal dunia dan Allahyarham sempat berterima kasih kerana kongsi rezeki ini kepadanya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi