suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dazrin Kamarudin tidak pandang wang semata-mata, takut tak ikhlas buat kerja

PELAKON dan usahawan Dazrin Kamarudin mengakui dirinya tidak boleh terlalu memandang soal wang dalam setiap tawaran lakonan yang diterima.

Menurut Dazrin, 38, dia lebih mengutamakan penghayatan terhadap watak dengan memberikan sepenuh jiwa, tenaga dan masa bagi memastikan karakter yang dibawakan sampai kepada penonton.

"Sebagai anak seni, saya tidak boleh pandang duit semata-mata. Saya kena beri sepenuh jiwa, tenaga dan masa baru watak itu akan sampai.

"Tapi kalau saya ukur watak dan kredibiliti dari segi wang ringgit, saya hanya akan berada di separuh jalan sahaja," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Dazrin turut mengakui wang sememangnya penting dalam kehidupan, namun dia tidak mahu menjadikan pendapatan daripada lakonan sebagai satu-satunya sandaran.

Katanya, terlalu memaksa diri untuk terus bekerja hanya kerana wang boleh menyebabkan dia berasa penat dan akhirnya hilang rasa terhadap bidang yang diminatinya itu.

"Sudah tentu duit benda yang sangat bagus dalam industri hiburan, tapi kalau itu sahaja pendapatan saya, lama-lama akan penat sebab hanya harapkan duit lakonan itu.

"Bila hanya harap duit lakonan sahaja dan saya tidak boleh nak relaks, saya akan benci pada lakonan itu sebab saya paksa diri buat benda yang saya suka," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi