suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat kumpulan Spin belum sedia terima vokalis baru, Achik Asrain kena kecam dakwa tiru suara Achik Spin

PENYANYI Achik Asrain mengakui dirinya berdepan cabaran apabila menyertai kumpulan Spin yang sebelum ini cukup sinonim dengan arwah Achik.

Menurut Achik, 30, dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai pengganti Allahyarham sebaliknya hanya mahu meneruskan legasi kumpulan yang diminatinya sejak kecil.

“Saya masih baru lagi dengan kumpulan Spin jadi untuk dapat gelaran Achik Spin tu belum lagi jadi sekarang ni saya mahu orang kenali saya sebagai Achik Asrain.

“Minat dengan kumpulan Spin sejak kecil lagi dan membesar dengan lagu mereka jadi bila dapat peluang masuk tu memang penghormatan buat saya, untuk gantikan arwah Achik memang tidak sebab suara tidak sama cuma menyambung legasi.

“Saya agak down dan terasa juga tapi terima seadanya mungkin ada kekurangan saya yang orang lain tahu dan berhak untuk bersuara, saya cuba buat terbaik dan ikut cara saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi