suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya sudah maafkan semua orang”- Nadia Brian tak kecil hati kena ‘troll’ dengan netizen anggap komen soal jodoh itu sekadar gurauan

PELAKON Nadia Brian memberitahu dia tidak mengambil hati dengan komen netizen yang sering mengusik mengenai soal jodohnya di media sosial.

Meskipun ada yang bergurau, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata dia memahami perkara itu namun menegaskan perlu ada batasan dalam setiap komen selagi tidak keterlaluan sehingga menyentuh isu peribadi dirinya dan keluarga.

"Komen netizen memang tidak boleh berhenti lebih-lebih untuk halang tulis komen di media sosial, selagi ia tidak melampaui batas sentuh maruah saya atau keluarga jadi ok.

"Saya nak tegaskan dekat sini sekali lagi, peluang kedua itu untuk diri sendiri ya bukan untuk orang lain, saya sentiasa maafkan orang yang kutuk saya.

"Apa yang orang komen tu saya tidak baca sangat sebab sibuk, tapi apa pun saya anggap mereka bergurau saja bila bab jodoh ni... malah saya terbuka kalau ada jodoh dan ada juga netizen yang cuba nasib mesej saya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi