suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

K.O.I bawa kelainan muzik, ada sebab ‘Nurcinta’ tak tersenarai Top 3... Noryn Aziz sedih tonton persembahan Dayang

 PENYANYI dan guru vokal Noryn Aziz berpendapat lagu Nurcinta nyanyian Amir Masdi tidak tersenarai antara tiga lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) adalah disebabkan kekurangan daripada segi melodi.

Menurut Noryn atau Norazmahwati Abdul Aziz, 50, lagu berkenaan kedengaran seakan-akan muzik era 1990-an dan berkemungkinan perkara itu antara faktor yang diambil kira oleh juri dalam membuat penilaian.

Malah, Noryn percaya kekuatan lirik dan melodi menjadi antara faktor utama kumpulan K.O.I dinobatkan sebagai juara AJL40.

"Kalau saya cakap janganlah marah, Amir seorang penyanyi yang sangat hebat. Tetapi lagu Nurcinta ada bunyi 90-an dan melodinya pula macam biasa dengar.

"Bukan kata lagu itu tidak sedap, tetapi mungkin juri mencari sesuatu yang berbeza.

"Kalau dengan K.O.I, jelas sekali lirik dan melodi menjadi antara faktor mereka menang," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Noryn turut meluahkan rasa sebak melihat penyanyi Dayang Nurfaizah tidak dapat memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Lemah pada pentas AJL40 disebabkan faktor kesihatan.

Katanya, perkara berkenaan sememangnya sesuatu yang tidak dapat dijangka, lebih-lebih lagi apabila seseorang penyanyi sudah membuat persiapan rapi sebelum berada di pentas berprestij itu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi