suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gurau boleh kasar tapi jangan keterlaluan, Man Raja Lawak anggap promosi percuma wajah dijadikan sticker media sosial

PELAWAK Man Raja Lawak tidak berkecil hati apabila wajahnya dijadikan bahan gurauan netizen, termasuk digunakan sebagai sticker di aplikasi WhatsApp.

Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kassim, 49, berkata dia sudah biasa menerima komen-komen negatif netizen mengenai fizikalnya, namun meminta supaya tidak menyentuh sensitiviti keluarganya.

“Selagi gurauan tidak melampaui batas dan kenyataan tidak menyentuh hal sensitif bab keluarga, isteri dan anak-anak, tidak apa saya biarkan saja.

“Kalau nak cakap body shaming terhadap saya kata hodoh, gelap, muka berkerak dan gemuk jadi itu adalah adat sebagai orang dikenali lebih-lebih lagi saya ni pelawak memang kena biasakan diri.

“Kadang-kadang orang guna muka saya sebagai sticker Whatsaps pun saya okay saja tak marah sebab lagi banyak orang guna maka lagi popular dan tular la saya di seluruh Malaysia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi