suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenang jasa komposer, nasihat Ramli MS tak tuju kepada sesiapa... “Jenguk-jenguklah sikit”

PESANAN maestro muzik, Datuk Ramli MS kepada penyanyi supaya menghargai jasa komposer bukan ditujukan kepada mana-mana pihak, sebaliknya sekadar nasihat umum.

Menurut Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 68, sebagai orang Melayu yang mempunyai adab, seseorang penyanyi seharusnya tidak melupakan individu yang pernah membantu mencorakkan perjalanan seni mereka.

Malah, katanya, peranan komposer dalam penghasilan sesebuah karya juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka merupakan individu yang menyediakan lagu untuk dinyanyikan.

"Itu hanya pesanan am secara umum sebab saya dah berpuluh tahun dalam studio, komposer datang dan pergi. Kita orang Melayu yang ada adab, ingatlah orang yang pernah beri lagu kepada anda.

"Betul penyanyi juga menyumbang, tetapi dalam korporat mereka 49 peratus dan komposer 51 peratus.

"Kenapa saya kata begitu? Kalau komposer minta penyanyi berhenti menyanyikan lagu yang dibuat, 'mati' penyanyi itu," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Ramli berkata tiada sebarang isu atau individu tertentu yang cuba disentuh menerusi kenyataannya itu.

Sebaliknya, dia hanya mahu penyanyi sentiasa menghargai jasa komposer yang menghasilkan karya untuk mereka.

"Tiada isu, jadi macam orang baharu, ingat jasa-jasa komposer, jenguk-jenguklah sikit," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi