suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak kejar populariti gossip liar & kontroversi murahan, Ara Johari risau beri kesan pada kerjaya seni

PENYANYI Ara Johari mengakui dia lebih selesa sekiranya dirinya tidak terpalit dengan gosip atau kontroversi yang boleh menjejaskan reputasi serta kerjaya seninya.

Mengulas perkara itu, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 29, berkata dia tidak mahu kehidupan peribadi menjadi perhatian umum sehingga boleh menimbulkan persepsi kurang baik terhadap dirinya.

"Untuk dikaitkan dengan gosip panas atau liar tu memang saya cuba elak terutama gosip tak baik, sebab kita mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

"Dalam industri hiburan ni kita mahukan sokongan daripada orang ramai jadi kalau terkaitkan kontroversi atau pandangan negatif jadi risau akan beri kesan pada karya saya.

"Bukannya saya tidak suka dengan publisiti ni tapi tak nak jadi perhatian orang ramai kalau melibatkan gosip tak baik ni berkaitan diri sendiri," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi