suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu dah 17 juta tontonan, El Riss tunggu peluang masuk AJL... Bangkit selepas dihina, dikutuk selekeh

PENYANYI  El Riss tidak mengambil hati dengan kecaman dan kritikan diterimanya selepas menyatakan hasrat mahu membawa lagu Lukisan ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

El Riss atau nama sebenarnya Adam Haris Abdul Razak, 21, berkata, dia tidak melihat kecaman tersebut sebagai alasan untuk menghalang impiannya, apatah lagi lagu berkenaan sudah mencatatkan lebih 17 juta tontonan.

“Saya tidak kisah pun orang nak cakap apa mengenai saya, sebab kalau nak cakap tidak layak atau tiada sambutan tak mungkin lagu Lukisan mampu cecah 17 juta tontonan.

“Tak perlu bandingkan pun artis baru atau lama sebab sudah tertulis rezeki untuk pendatang baru masuk Anugerah Juara Lagu apa salahnya kenapa nak menolak.

“Kalau orang pertikai soal imej atau rupa mungkin boleh ubah dan sifat pun sama janji dapat memuaskan hati orang untuk terima kehadiran saya sebagai pendatang baru dalam Anugerah Juara Lagu nanti,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi