suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ammar Ahyan rasa macam ‘manusia bersalah’ ketika tunai umrah, banyak berterima kasih kepada Allah

ANAK sulung kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan berkongsi pengalaman menunaikan ibadah umrah yang dilakukannya pada Julai lalu.

Menurut Ammar, 18, sepanjang berada di Tanah Suci, dia lebih banyak memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT berbanding dengan meminta sesuatu untuk dirinya.

Malah, Ammar turut berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki yang luas supaya dapat membanggakan kedua-dua ibu bapanya selain membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

"Saya tiada momen menangis tetapi saya banyak berdoa. Namun, saya lebih banyak berterima kasih kepada Tuhan daripada meminta sesuatu.

"Sebab saya sedar saya mempunyai banyak perkara untuk disyukuri dan berterima kasih kepada Tuhan.

"Saya berdoa juga agar dikurniakan tubuh badan sihat, jadi orang yang kaya agar boleh membanggakan ibu bapa serta bantu orang sekeliling," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya di Tanah Suci, Ammar mengakui perjalanan umrah itu turut membuatkan dirinya lebih bermuhasabah dan menyedari kekurangan sebagai seorang manusia.

"Bila saya buat umrah tempoh hari, saya rasa macam manusia yang bersalah. Di Tanah Suci, kita tidak boleh rasa diri kita hebat, kena sentiasa ada rasa rendah diri," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi