suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizal Hussein terima ribuan mesej, peminat bergurau nak jadi menantu... Tak letak syarat jodoh untuk anak gadis

PELAKON Faizal Hussein mengakui menerima banyak mesej gurauan daripada peminat yang mahu menjadi menantunya.

Faizal, 59, bagaimanapun tidak mengambil serius perkara itu dan menganggap ia sekadar gurauan semata-mata.

Dalam pada itu, Faizal juga memberitahu dia tidak menetapkan sebarang syarat atau memilih soal jodoh buat anak perempuannya iaitu Fazryn Faizal.

“Ramai sekarang ini peminat yang mesej untuk minta jadi menantu sampai ratusan ribu, tapi saya anggap itu sebagai gurauan semata-mata dan tidak pernah ambil hati dengan gurauan itu.

“Siapa pun jodoh saya anak saya dalam bidang industri hiburan atau tidak saya terima saja sebab itu kerja tuhan kan.

”Saya tidak memilih dan tetapkan nak cari calon menantu kaya atau berharta risau nanti terkena balik pada diri sendiri, cukup la sekadar nasib anak saya terjamin dan terbela saja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi