suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada lagi content kereta Bezza, Fendy Mojo umum bersara dunia ‘modified’... Bakal ceburi bidang nyanyian

PERSONALITI media sosial Fendy Mojo memaklumkan selepas ini tiada lagi kandungan video berkaitan kereta Perodua Bezza miliknya.

Fendy atau nama sebenarnya, Fendy, 32, berkata keputusan itu dibuat selepas dia merasakan sudah berpuas hati dengan pelbagai modifikasi yang dilakukan terhadap kereta berkenaan.

Menurutnya, dia kini mahu mencabar diri untuk meneroka bidang baharu iaitu muzik dan mempunyai perancangan untuk bergelar seorang penyanyi.

“Video kereta Perodua Bezza memang saya sepikan buat masa ini sebab saya sudah buat macam-macam modifikasi dan boleh katakan macam puas juga.

“Kiranya saya nak bersara untuk membuat video kereta Bezza ni, memang sayang tapi sebenarnya nak cabar diri buat benda baru mungkin nak ceburi bidang muzik pula selepas ini.

“Saya nak cuba nasib dan fokus nak jadi pemuzik atau penyanyi secara senyap-senyap, sekarang ni dalam perancangan lagi tapi saya tidak hebahkan atau kongsikan di media sosial,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi