suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Macam tak percaya umur dah 57 tahun, rupanya ini amalan mudah Rashdan Baba kekal awet muda

DILIHAT masih awet muda meskipun sudah berusia 57 tahun, pelakon Rashdan Baba mendedahkan amalan minum air suam menjadi antara rutin yang diamalkannya sejak dahulu.

Menurut Rashdan, dia mengambil lebih lapan liter air sehari dan menganggap penampilan mudanya itu sebagai satu bonus selain turut dipengaruhi faktor genetik.

“Sebenarnya benda itu kira bonuslah sebab arwah bapa dulu pun kalau saya jalan dengan dia, orang kata kami macam abang adik. Mungkin daripada genetik.

“Ajaran daripada arwah bapa saya, sebelum tidur minum air suam segelas. Bangun tidur pun buat perkara sama sebelum berus gigi atau ketika air liur basi masih melekat lagi.

“Itu amalan saya daripada dulu. Saya rasa lebih lapan liter saya minum sehari,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai penjagaan diri, Rashdan berkata dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan kecantikan atau prosedur tertentu untuk mengekalkan penampilannya.

“Cucuk-cucuk pun tak ada, setakat ini Alhamdulillah masih original (asli). Masih lelaki tulen,” selorohnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi