suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tebalkan muka jual air kopi, Man Raja Lawak cemburu bila tengok pelawak lain ada perniagaan

SELEPAS melihat ramai rakan artis berjaya dalam bidang perniagaan, pelawak Man Raja Lawak turut mengambil langkah sama dengan mengusahakan perniagaan air iaitu Kopi Benci.

Man atau Abdul Rahman Kassim, 49, berkata dia tidak pernah berasa malu untuk berniaga kerana baginya usaha mencari rezeki halal lebih penting daripada memikirkan pandangan negatif orang ramai terhadapnya.

“Tak salah pun saya mencuba yang penting tak mahu menyusahkan mana-mana pihak, sebelum saya meminta-meminta jadi lebih baik saya buat perniagaan kopi benci ni walaupun secara kecil-kecilan tapi saya seronok.

“Saya tengok ramai selebriti terutamanya pelawak sekarang ni beralih ke bidang perniagaan macam Ajak Shiro, Shuib dan Mamat Sepah, jadi rasa ‘jealous’ juga dan tak salah pun untuk saya cuba kan meniaga kan.

“Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli apa pun orang cakap mengenai saya bila buka perniagaan kopi ni, tebalkan muka sebab bukan orang yang berikan saya duit setiap bulan jadi ini usaha saya untuk mencari rezeki halal,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi