suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadzmi Adhwa bagi bantuan bukan untuk menunjuk, niat cari pahala... Kongsi di media sosial elak fitnah

BUKAN mahu menunjuk-nunjuk, sebaliknya pelakon Nadzmi Adhwa menjelaskan setiap usaha kebajikan yang dilakukan bersama isterinya iaitu Ardell Aryana adalah kerana mahu mencari keberkatan dan pahala.

Menurut Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 34, dia dan Ardell lebih selesa membantu dalam diam kerana percaya sedekah yang ikhlas tidak memerlukan pengiktirafan daripada orang ramai.

Namun, perubahan zaman membuatkan mereka terpaksa berkongsi aktiviti kebajikan yang dilakukan.

"Kami sebenarnya tidak mahukan perhatian sebab sepatutnya bila bersedekah, tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu.

"Tapi sekarang zaman sudah berbeza kerana zaman fitnah. Buat benda baik pun orang tidak suka, apatah lagi kalau buat perkara yang tidak baik.

"Jadi kami cuba buat yang terbaik sahaja. Kami lebih pentingkan kehidupan di akhirat nanti, semoga ada pahala daripada apa yang kami lakukan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nadzmi memberitahu setiap sumbangan yang diterima menerusi aktiviti mereka akan diuruskan dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan.

Malah, sekiranya dia dan Ardell menerima hadiah (gift) ketika melakukan siaran langsung di TikTok, hasil berkenaan akan terus disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang mereka usahakan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi