suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ammar Ahyan kongsi perancangan selepas asasi, mahu sambung belajar di luar negara... Kalau boleh sampai peringkat ‘master’

BAKAL menamatkan pengajian di peringkat asasi, anak sulung kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda tidak lama lagi.

Menurut Ammar, 18, dia baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir bagi program asasi dan kini sedang membuat persiapan untuk mendaftar ke peringkat seterusnya.

Malah, Ammar turut menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara bagi memperluaskan pengalaman serta menimba ilmu dalam bidang yang diminati.

"Saya baru habis peperiksaan untuk asasi dan selepas ini saya nak daftar untuk ijazah sarjana muda.

"Mungkin saya akan sambung belajar di luar negara dan rancangannya nak ambil jurusan perbankan dan kewangan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ammar berkata, memiliki kelulusan akademik kini bukan lagi satu kelebihan, sebaliknya sudah menjadi satu keperluan bagi mereka yang ingin bersaing dalam dunia pekerjaan.

Justeru, dia mahu terus menimba ilmu dan tidak berhenti setakat memperoleh ijazah sarjana muda sahaja.

"Dulu orang ingat ada degree adalah orang bijak, sekarang itu adalah standard, semua orang ada degree.

"Jadi kalau nak bersaing dengan orang lain sekurang-kurangnya kena ada standard itu. Saya sasarkan kalau boleh nak belajar sampai ijazah sarjana," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi