suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seronok makin ramai penyanyi hasilkan lagu Tamil, Santesh harap dapat buat ‘comeback’ dengan Apak

SELEPAS mencipta fenomena menerusi lagu-lagu berbahasa Melayu seperti Amalina dan Mymuna, penyanyi Santesh meluahkan rasa teruja melihat semakin ramai artis tempatan berani mencuba menyanyikan lagu berbahasa Tamil.

Menurut Santesh atau Shanthesh Kumar, 38, perkembangan itu mula menarik perhatiannya selepas kemunculan Zubir Khan yang berjaya mempopularkan lagu-lagu Tamil kepada khalayak lebih luas.

“Saya lihat trend ini mula dengan Zubir Khan, lagu pertama hingga ketiga dia saya yang produce. Jadi saya nampak ia macam jadi satu trend baharu.

“Saya pun lihat dah nampak ada persaingan, saya rasa welcome perkara itu sebab mereka orang yang coming up, saya pun beri sokongan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Santesh tidak menolak kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan komposer Harry Kapak atau mesra disapa Apak bagi menghasilkan karya baharu.

Bagaimanapun, jelasnya, segala perancangan bergantung kepada Apak memandangkan idea, konsep dan lirik lagu berkenaan adalah hasil cetusan komposer itu.

“Kena tanya Apak, sebab dia creator, dia buat konsep, lirik semua dia punya idea. Kami beberapa lagu yang dulu dah compose cuma belum kerjalah.

“Saya tunggu masa sahaja, kalau dia hello, saya on, boleh mula kerja,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi