suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayu Kepoh bengang Rieffa digelar Rohingya, tak boleh terima komen berbaur rasis terhadap anak

TINDAKAN segelintir pihak bergurau menggunakan isu perkauman terhadap peserta program Big Stage X Rocketfuel (BSR), Rieffa mengundang rasa kurang senang ibunya iaitu pempengaruh Ayu Kepoh.

Menurut Ayu atau Noor Hidayu Ahmad Termizi, 34, dia mengakui berasa geram dan sedih apabila anaknya menjadi sasaran komen berbaur penghinaan termasuklah digelar sebagai Rohingya.

"Memang rasis, anak pun cakap benda yang sama. Tapi dia banyak beri nasihat dan minta saya sabar.

"Tapi untuk saya memang ada rasa geram, sedih dan kecewa bila orang cakap anak saya pendatang asing," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Ayu berkata dia tidak kisah sekiranya dirinya menjadi sasaran kritikan, namun tidak dapat menerima apabila anaknya dihina dengan gelaran yang menyentuh isu kaum dan keturunan.

Katanya, gurauan seperti itu tidak sepatutnya dianggap perkara biasa kerana ia boleh mengguris perasaan individu yang menjadi mangsa.

"Saya tak kisah orang cakap fasal saya, tapi jangan sampai menghina anak saya," ujarnya.

Sebelum ini, Rieffa menjadi mangsa kecaman apabila dilabel sebagai Rohingya hanya kerana sikapnya yang lincah ketika membuat persembahan dan berinteraksi sepanjang konsert minggu kedua Big Stage X Rocketfuel.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi