suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abon kecewa komedi semakin hilang arah, buat lawak ‘loyar buruk’ tapi ketawa sesama sendiri

PELAWAK veteran, Abon meluahkan rasa kecewa terhadap perkembangan industri komedi tanah air yang disifatkannya semakin jauh daripada konsep lawak sebenar.

Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 66, berkata dia sukar memahami sebahagian persembahan pelawak baharu yang dianggapnya lebih menjurus kepada gurauan kosong berbanding komedi yang mampu menghiburkan penonton.

"Lawak mereka (pelawak baharu) saya tak faham. Pada saya, itu bukan komedi tetapi lebih kepada loyar buruk.

"Kadang-kadang mereka buat lawak, orang lain tidak ketawa tetapi mereka pula yang gelak sesama sendiri. Sampai saya terfikir, apa sebenarnya yang digelakkan?

"Saya tidak kata semua pelawak baharu begitu, tetapi saya kecewa kalau industri kita menuju ke arah yang bukan semakin baik sebaliknya hanya bermain-main," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi