suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penantian 11 tahun berbaloi, Bulan Asyraff kembang kerjaya sampai Indonesia... Bakat dihargai peminat seberang

PENYANYI Bulan Asyraff meluahkan rasa syukur setelah 11 tahun usaha akhirnya impian untuk mengembangkan karier ke negara Indonesia sudah tercapai.

Bulan atau Muhammad Asyraff Mohd Zamani, berkata dia kini sudah pun menjadi artis rakaman di Indonesia dan bakal mengeluarkan album pertama yang dirakam di negara berkenaan.

“Alhamdulilah syukur atas doa semua orang akhirnya tahun ke-11 baru nampak hasilnya dan tuhan berikan nikmat tu, sekarang ni saya sudah melebarkan karier ke Indonesia.

“Saya sudah menjadi artis syarikat rakaman di Indonesia tapi syarikat kecil saja dan sekarang ini sedang siapkan album pertama saya yang dihasilkan dekat sana,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Bulan tidak berkecil hati meskipun masih ada lagi pihak mengecam dan kritik suara dan personaliti dirinya.

“Masih ada lagi orang kecam cakap suara tak sedap apa semua tak apa, saya sudah terbiasa,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi