suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abon tak sangka masih ramai ingat, terharu peminat tak putus doa kesihatannya... Sempat luah nasib artis veteran

SUSULAN berita pelawak veteran Abon dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur akibat masalah jantung, ramai peminat tampil mendoakan kesihatannya dan berharap dia segera sembuh.

Kata Abon atau Sharizan Ahmad, 66, dia tidak menyangka masih ramai yang mengambil berat tentang dirinya biarpun sudah lama tidak aktif dalam dunia seni.

Malah, dia berasa terharu apabila menerima pelbagai panggilan telefon dan mesej daripada peminat yang ingin mengetahui perkembangan keadaan kesihatannya.

"Peminat nak tahu perkembangan, banyak nak tahu fasal saya. Saya tak sangka sepopular ini.

"Rupanya masih ada yang nak tahu fasal saya, jadi saya kena layan dan reda sebab dah masuk dalam industri.

"Saya dapat layan mana yang mampu dan nampak mereka sayang saya. Apa pun, saya berterima kasih kepada peminat yang mendoakan saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Abon sempat meluahkan kebimbangannya terhadap nasib artis-artis veteran yang kini berdepan kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan sehingga ada yang terpaksa bergelut untuk meneruskan kehidupan.

"Artis veteran tiada job tapi mereka masih nak teruskan hidup. Mereka tak boleh kerja lain.

"Bagi modal suruh berniaga pun tak larat, umur 70 tahun dah. Saya yang 66 tahun pun dah tumbang," ujarnya.

Sebelum ini, Abon dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani prosedur angiogram pada Selasa.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi