suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada peminat perasan Arfie Shah ulang pakai baju sama... Mula belajar rutin penjagaan wajah

SEBAGAI seorang pelakon, Arfie Shah mengelakkan diri daripada memakai pakaian yang sama ketika menghadiri acara rasmi atau menjalani urusan kerja kerana bimbang penampilannya menjadi perhatian ramai.

Menurut Arfie atau Ad Wafri Shaharuddin, 33, sebagai figura awam, orang ramai mudah menyedari sekiranya dia mengulangi pemakaian yang sama, lebih-lebih lagi apabila gambar itu dimuat naik di media sosial.

"Memang penting (tak pakai baju sama) sebab orang senang ingat. Malah pernah sebelum ini bila saya muat naik gambar di media sosial, ada yang perasan saya pakai baju yang sama.

"Tapi kalau keluar jalan-jalan atau urusan peribadi, saya tiada masalah nak pakai baju yang sama. Cuma bila bekerja sahaja saya lebih peka sebab orang lebih mudah perasan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Arfie berkata penampilan yang kemas dan teratur sentiasa menjadi keutamaan, malah tabiat tersebut sudah diterapkan dalam dirinya sejak kecil lagi.

Katanya, didikan daripada kakaknya banyak mempengaruhi cara dia menjaga penampilan sehingga kini.

"Mungkin sebab saya dah diajar oleh kakak dari kecil. Kalau saya pakai baju selekeh, dia memang akan marah," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi