suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sokong minat sukan Tiara... Achey sanggup jual lori, kereta dan motosikal

PELAWAK Achey Bocey sanggup menjual beberapa buah kenderaan miliknya bagi membiayai penglibatan anaknya Nur Tiara Zinnirah dalam sukan lasak motocross.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, berkata keputusan itu dibuat kerana kos untuk menyertai sukan berkenaan agak tinggi, namun dia rela berkorban demi memberi sokongan penuh terhadap minat dan bakat yang ditunjukkan anaknya.

“Sebenarnya bila cerita mengenai kos memang tidak akan habis tapi saya pilih jalan untuk tidak mahu keluarkan wang simpanan kami, jadi saya jual aset yang ada.

“Saya jual aset yang tidak pakai macam lori, kereta dan motorsikal untuk menampung kos pembelajaan aktiviti sukan lasak ini.

“Sebab bukan untuk Tiara saja tapi duit itu juga boleh beli motorsikal baru buat saya kerana tahun ini merupakan kemunculan kembali saya dalam sukan ini selepas lama berehat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi