suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakaian dipuji tak terlalu terdedah, Adriana Adnan utamakan keselesaan sertai acara Hyrox

PELAKON Adriana Adnan lebih selesa mengenakan pakaian sederhana ketika melakukan aktiviti sukan Hyrox yang berlangsung di Jakarta pada 27 dan 28 Jun lalu.

Menurut Adriana, 31, pemilihan pakaian yang dipakai lebih kepada faktor keselesaan dan kesopanan sepanjang melakukan aktiviti berintensiti tinggi itu.

"Orang yang kenal saya tahu pakaian saya sederhana (modest), saya tidak menutup aurat dengan sempurna tapi doa-doakan.

"Pakaian yang saya pakai selesa dan sopan sebab saya sendiri selesa begitu.

"Pada saya fasal pakaian ini ia subjektif, lagipun bila buat burpees tu pun saya tak naklah kaki saya calar-calar," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai video tular di media sosial kononnya ada peserta terkucil semasa melakukan cabaran, Adriana berkata dia tidak mengetahui mengenai insiden tersebut.

Dia bagaimanapun tidak menolak sekiranya perkara itu berlaku memandangkan sukan tersebut memerlukan tahap ketahanan fizikal yang tinggi serta memberi tekanan kepada tubuh.

"Saya tak tahu sebab tak nampak. Tapi saya faham sahaja jika ada yang terkucil dan sebagainya.

"Memang ada kebarangkalian terkucil, lagi-lagi golongan ibu yang tidak kuat pada bahagian berkenaan," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi