suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri makin popular, Bazli UNIC pula kena tolong ambilkan gambar... Tak layan komen negatif

ANGGOTA kumpulan UNIC, Bazli Hazwan mendedahkan isterinya, Asiah Abu Bakar antara yang tidak terlepas daripada menerima gangguan pelik daripada pengikut lelaki di media sosial.

Bazli atau nama sebenarnya Bazli Hazwan Che Osman, 42, berkata perkara itu berlaku selepas Asiah mula meraih perhatian ramai dan dikenali sebagai pencipta kandungan di media sosial.

“Sekarang ini lain macam impaknya selepas dikenali ni sebab peminat siap bergambar dengan isteri berbanding saya siap suruh saya yang tangkapkan gambar tu.

“Saya dan isteri selalu juga baca komen bersama malah ada waktunya kami pelik lihat komen netizen tapi kami faham dunia media sosial ini lain sikit jadi kena bersedia segala kemungkinan.

“Ada yang selalu ganggu macam video call isteri bila dengan saya, mesej bukan-bukan tu memang ada tapi kami tidak baca dan malas nak layan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi