suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selalu bercakap loghat utara, tak sangka rupanya Wafariena fasih Mandarin... Pasang impian berlakon di Hong Kong

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dia menerima tawaran daripada sebuah produksi filem Cina tempatan selepas kebolehannya bertutur dalam bahasa Mandarin menjadi perhatian ramai.

Wafariena atau Wafa, 31, berkata ramai tidak mengetahui dia fasih berbahasa Mandarin sehinggalah kemahiran itu dikongsikan menerusi sebuah temu bual podcast baru-baru ini.

“Ramai yang terkejut bila dapat tahu saya fasih bertutur dalam bahasa Mandarin selepas daripada temu bual podcast itu.

“Saya tak pernah berkongsi kepada semua yang boleh bertutur dalam bahasa lain tapi syukur sebab sekarang ramai bertanya mengenai perkara itu.

“Malah saya juga telah dilamar oleh produksi filem Cina di Malaysia untuk berlakon dalam filem mereka dan harapnya dapatlah watak itu ya jadi semua doakan saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Wafa juga memasang impian untuk melebarkan kerjayanya di peringkat antarabangsa seperti di Hong Kong dan Taiwan.

“Saya memang ada impian untuk berlakon di Hong Kong dan Taiwan harap semua doakan ya,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi