suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesra dengan kawan wanita, Melisa Aurellia dituduh songsang... “Saya pun nak ada suami”

GARA-GARA kemesraan dan hubungan akrab bersama rakan wanita, pelakon Melisa Aurellia berdepan tuduhan kononnya dia menjalinkan hubungan songsang.

Menafikan dakwaan tersebut, Melisa atau Melisa Quek Ai Ying, 24, berkata kemesraannya dengan rakan wanita sering disalah tafsir segelintir pihak sehingga menuduhnya tanpa sebarang bukti kukuh.

“Tak betul sama sekali sebab saya perempuan mestilah ada keinginan nak ada suami, anak dan berkahwin semua, orang salah faham sebab nampak saya peramah serta rapat dengan wanita terus tuduh macam tu.

“Saya straight tau ada juga keinginan macam orang lain, pelik juga kenapa sampai sekarang orang masih cakap saya suka kaum sejenis sebab rapat dengan wanita ke?” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Melissa mengakui kesal apabila ada yang cuba menjauhkan diri gara-gara terkesan dengan spekulasi ini.

“Sekarang ini saya lebih berjaga-jaga kalau nak kongsi apa-apa lebih-lebih lagi ada yang sampai menjauhkan diri daripada saya sebab terkesan dengan perkara ini,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi