suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ella tak memilih tawaran ‘show’, sanggup turun tapak ekspo hiburkan peminat luar bandar

PENYANYI Ella sentiasa terbuka dan tidak kisah mengadakan persembahan di acara berskala kecil seperti tapak ekspo dan karnival.

Kata Ella atau Nor Zila Aminuddin, 59, peluang beraksi di pentas seperti itu membolehkannya mendekati peminat khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Saya faham bukan semua orang mampu dan susah nak dapatkan hiburan sebab jauh, jadi ini peluang untuk saya persembahkan sesuatu kepada peminat yang tidak pernah merasai pengalaman berada di konsert sebab jauh.

“Saya akan buat persembahan dan pilih kawasan tertentu sebelum bertemu dengan peminat di kawasan yang jauh seperti di pendalaman.

“Ini salah satu cara saya dekatkan diri dengan semua lapisan peminat saya tak kira di mana mereka berada,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi