suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Being single is good” - Farali Khan tak pernah tinggalkan dunia lakonan, ‘comeback’ selepas cerai

PELAKON Farali Khan berkata kehidupannya kini jauh lebih tenang selepas memilih untuk tidak melayan sebarang spekulasi mengenai kisah rumah tangganya sebelum ini.

Farali atau Norfara Ali Dad Khan, 37, berkata tidak enggan menoleh kebelakang dan kini mahu membina kehidupan baharu bersama anaknya iaitu Zaynab Ashura Khan.

“Semua aturan Allah tu sangat cantik dan sangat bersyukur apa yang saya miliki sekarang ini, being single is good... menyepi itu bukan baru-baru ini tapi sejak tiga tahun lalu disebabkan beberapa perkara yang sedang berlaku.

“Yang penting Allah tahu, biarlah rahsia selagi tiada orang kacau jadi janganlah kacau orang kan… pandai atur langkah dan move on dan sentiasa positif ke depan dalam hidup,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Farali agak terkejut apabila ramai pengarah menyangka dia kini sudah berehat sepenuhnya daripada dunia seni.

“Terkejut juga ramai pengarah yang ingat saya sudah berhenti berlakon siap hubungi dan tanya tapi bila masa saya cakap berhenti berlakon… lambat lagi tau berhenti tu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi