suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muka nampak garang tapi sebenarnya Awie berjiwa sensitif... Mudah tersentuh hati dan menangis

SERING dilihat sebagai seorang yang tegas dan garang, namun ramai tak tahu penyanyi Datuk Awie sebenarnya berjiwa lembut dan sensitif.

Awie, 58, mengakui dia mudah mengalirkan air mata apabila berdepan perkara yang menyentuh hati.

“Ramai tak kenal sebenarnya sebab karekter saya ni jenis jiwa sensitif dan mudah mengalirkan air mata dengan benda tertentu, kadang-kadang dengar suara anak kucing tepi jalan pun boleh nangis.

“Mungkin jiwa saya begitu sebab mudah tersentuh dan kasihan tapi orang selalu lihat sisi lain yang saya ni garang dan selalu bergaduh, jauh daripada sudut hati bukan orangnya begitu.

“Saya sayang anak-anak, haiwan dan alam malah pernah waktu buat persembahan nyanyian lagu Musafir Di Aidilfitri terus menangis sebab terkenang arwah bapa dan ibu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi