suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor puji badan macam orang umur 45 tahun... Amy Search kongsi rahsia kekal sihat

SETIAP tahun penyanyi Datuk Amy Search tidak pernah culas melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tubuhnya berada dalam keadaan terbaik.

Kata Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 68, amalan menjaga kesihatan dan gaya hidup aktif menjadi antara faktor utama yang membantu dirinya kekal bertenaga meskipun usia semakin meningkat.

Menurut Amy, keputusan pemeriksaan kesihatan terbaharu juga menunjukkan tahap kesihatannya berada pada keadaan yang sangat memuaskan.

"Baru-baru ini saya check dengan doktor, dia kata semua dalam keadaan baik.

"Kolesterol dan jantung bagus, badan macam umur 45 tahun. Memang setiap tahun saya akan buat pemeriksaan kesihatan," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai rutin hariannya, vokalis kumpulan Search itu berkata dia sentiasa memastikan dirinya aktif melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan tidak hanya menghabiskan masa berehat di rumah.

Malah, Amy percaya aktiviti yang membuatkan tubuh berpeluh membantu mengekalkan kecergasan selain memberikan manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan.

"Ada orang kalau dah pencen lagi suka rehat di rumah, tapi saya tidak. Hari-hari memang kena berpeluh.

"Kadang-kadang saya mendaki, berbasikal, buat kerja rumah dan main pickleball," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi