suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baggio kesal syarikat rakaman tak percaya bakat, tolak promosi lagu baharu

PENYANYI Baggio meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa ada sebuah syarikat rakaman menolak permintaannya untuk bekerjasama mempromosikan lagu baru baharu berjudul Rindu.

Baggio atau Bahagia Daharun, 55, berkata permintaan itu ditolak atas faktor tidak mempercayai kredibilitinya sebagai penyanyi lama membawa lagu bergenre baru. 

Tidak mahu patah semangat, Baggio bagaimanapun terpaksa bekerja keras melakukan promosi lagunya sendiri tanpa bantuan mana-mana syarikat rakaman muzik.

“Sekarang ini saya terpaksa kerja lebih sikit untuk mempromosikan lagu vibe baru ni supaya dapat menambat hati peminat generasi sekarang ini.

“Saya ada berjumpa dengan sebuah syarikat label muzik untuk bekerjasama promosikan lagu Rindu ini tapi pihaknya pertikaikan kredibiliti saya malah siap cakap saya penyanyi retro tak sesuai menyanyi lagu genre baru.

“Agak sedikit ralat dan kecewa pada awalnya kerana ada yang bersikap begitu tapi tak apa saya syukur kerana tuhan ada membantu saya dan dengan kuasa media sosial Alhamdulilah lagu ini semakin mendapat tempat di hati pendengar,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan terbaharu, Baggio baru saja melancarkan lagu berjudul Rindu yang kini boleh didengari di semua platform digital.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi