suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mama, baby mana?” - Tiara tak sabar nak ada adik, Achey dan isteri doa rawatan IVF kedua berjaya

ISTERI pelawak Achey iaitu Anne memberitahu dia tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lasak kerana sedang menjalani rawatan pensenyawaan in-vitro (IVF) kali kedua sejak Mei lalu.

Anne atau Nor Hasanah Yahaya, bagaimanapun berkata dia terkejut apabila selera makan mula bertambah sejak akhir-akhir ini.

“Saya dah mula buat rawatan sejak Mei lalu, kali ini memang lebih berjaga-jaga sebab sudah tahu prosesnya kan… peminat juga ramai yang berikan nasihat dan tip-tip berguna buat saya.

“Selepas saya ambil ubat dalam tempoh sebulan kemudian saya jadi kuat makan walaupun sudah buat pembedahan biatrik tapi selera tu macam tinggi pula disebabkan hormon,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Achey turut meminta orang ramai mendoakan agar proses rawatan isterinya berjalan dengan lancar.

“Saya tahu ramai yang doakan dan harap rawatan kali kedua ini semuanya berjalan dengan lancar dan mudahkan urusan isteri saya,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi