suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu timbang bola tunggu orang bagi duit, Faris Azri syukur murah rezeki tak mahu lagi buat benda merapu!

PERSONALITI media sosial Faris Azri menganggap segala kritikan dan kecaman pernah diterima sebelum ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya.

Menurut Faris, 27, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap individu yang pernah mengutuk atau memandang rendah terhadap dirinya sebelum ini malah memilih untuk memaafkan.

“Saya ni jenis memafkan orang dan mudah minta maaf, ya memang ada orang yang kutuk saya dan tak percaya dengan bakat saya sebelum ini, tapi untuk balas semua tu kita tak payah bukti dekat orang dengan status WhatsApp atau ayat sindiran semua.

“Cara terbaik nak balas orang yang kutuk kita adalah dengan buktikan kejayaan malah saya nak syukur juga sebab dengan orang cakap tu akhirnya jadi diri saya sekarang ini.

“Saya tak pernah simpan dalam hati dengan apa orang cakap dengan saya, mungkin pengalaman lalu banyak mengajar saya jadi yang sekarang ini,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Faris membintangi filem The Real Mamu yang dijadualkan sesi penggambarannya pada Jun ini.

Filem The Real Mamu mengangkat kisah berkisar kekeluargaan, pengorbanan, dan kemanusiaan yang dekat dengan kehidupan komuniti masyarakat di Pulau Pinang.

Antara barisan pelakon untuk filem ini  ialah Didie Alias, Wan Raja, Adam Corrie, Yassin Senario, Wafariena, Zairi Aziz dan ramai lagi yang diarahkan oleh  Zulkifli Abu Hassan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi