suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AJL kena cari formula baharu, JoBranko cadang setiap peringkat penyertaan dibuat secara ‘live’

GITARIS kumpulan Barbarik iaitu JoBranko berpandangan Anugerah Juara Lagu (AJL) masih lagi relevan dan wajar diteruskan kerana menjadi antara pemangkin kepada perkembangan industri muzik tanah air.

Jo atau Abdul Zamin Abdul Kadir, 57, bagaimanapun berkata pihak penganjur perlu berani melakukan perubahan dengan memperkenalkan format baharu yang lebih segar bagi menarik minat penonton.

Menurut Jo, meskipun AJL mempunyai sejarah dan pengaruh yang besar dalam industri muzik tempatan, format pertandingan yang digunakan ketika ini dilihat masih mengikut acuan lama dan memerlukan pembaharuan.

"AJL itu memang kena ada. Suka atau tidak, acara itu antara faktor yang menjadikan industri muzik kita terus rancak.

"Cuma mungkin pihak AJL kena fikirkan format baharu sebab mereka masih menggunakan cara lama dan tiada formula baharu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Jo turut mencadangkan agar proses pemilihan dan penyertaan awal lagu dilaksanakan secara siaran langsung bagi mewujudkan elemen keterujaan serta ketelusan kepada penonton.

Menurutnya, perkembangan teknologi masa kini memudahkan pelaksanaan siaran langsung tanpa memerlukan kos yang terlalu tinggi seperti sebelum ini.

"Saya rasa penyertaan semua kena dibuat secara siaran langsung. Sekarang perisian pun sudah tidak mahal macam dulu.

"Ada satu komputer riba pun dah boleh buat siaran langsung. Kalau boleh tukar formula itu, saya rasa ia boleh datangkan minat orang untuk tengok," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi