PENYANYI Ani Maiyuni tidak menafikan faktor kewangan menjadi antara cabaran terbesar yang perlu dihadapinya sepanjang menyertai program pertandingan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).Biarpun begitu, kata Ani atau Aishah An-Nur Osman, 47, dia tidak pernah berasa iri hati apabila melihat beberapa peserta lain yang memiliki sumber kewangan lebih besar untuk menyokong persembahan mereka. “Saya tak cemburu pada mereka yang ada duit. Tidak! Setiap hari saya fikir mana nak cari duit. Kalau nak cakap soal itu (kewangan), anda semua boleh nampak.Ani (kiri) sentiasa positif dan tidak cemburu atas kelebihan yang dimiliki peserta lain.“Produksi beri enam orang penari, tetapi minggu ini bertemakan fiesta, sudah tentu kami perlu menambah jumlah penari untuk menambah kemeriahan.“Alhamdulillah, ada insan baik membantu kami menambah penari dan kumpulan koir. Iyalah, kekangan jugalah untuk kami ini,” katanya kepada mStar.Ani berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media TTMM2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni, Viviana tersingkir minggu suku akhirARTIKEL BERKAITAN: [V] Elak buli siber, Viviana rayu jangan kecam peserta lain… Reda tersingkir suku akhirDalam pada itu, Ani berkata komitmennya dalam pertandingan berkenaan menyebabkan dia terpaksa melepaskan tawaran persembahan pentas yang menjadi sumber pendapatan utama buat dirinya.“Hujung minggu saya tak boleh ambil job (nyanyian). Kalau orang nak bagi show, selalunya Jumaat, Sabtu dan Ahad.“Tapi saya tak boleh ambil job sebab TTMM2 ini. Macam mana saya nak rolling duit? Duit simpanan pun saya dah guna,” ujarnya.Selain kos persembahan, penyanyi lagu Sedap itu berkata perbelanjaan harian seperti pengangkutan ke sesi latihan dan komitmen lain sepanjang program turut memerlukan kos yang tinggi.Ani (kiri) sentiasa positif dan tidak cemburu atas kelebihan yang dimiliki peserta lain.Namun, dia tetap berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan bersama anaknya, Viviana, dan memilih untuk menggunakan segala kemampuan demi meneruskan perjuangannya dalam TTMM2.“Kami bergerak untuk ke sesi latihan atau komitmen sepanjang TTMM2 ini pun perlukan wang. Tak mengapalah, guna semampu yang ada sajalah,” luahnya.Ani bersama anaknya terpaksa akur selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada konsert suku akhir TTMM2.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!