suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Elak buli siber, Viviana rayu jangan kecam peserta lain… Reda tersingkir suku akhir

BINTANG program  reality Talk To My Manager 2 (TTMM2), Viviana memohon orang ramai agar tidak melakukan buli siber terhadap peserta lain selepas penyingkirannya pada peringkat suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Viviana, 20, berkata setiap peserta sudah memberikan komitmen dan usaha terbaik sepanjang pertandingan berlangsung . 

“Saya cuma nak tekankan, janganlah membuli siber pada adik-adik, kakak, abang saya atau sesiapa sahaja dalam program ini. Ini semua adalah aturan Allah. Jangan bandingkan sesiapa sama ada daripada segi suara atau bakat.

Viviana reda tersingkir di minggu suku akhir TTMM2.

“Bakat dan suara ini sebenarnya anugerah Allah, jadi ia bukan sesuatu yang boleh dinilai semudah itu. Jangan marah kalau saya tersingkir sebab kononnya orang lain patut keluar. 

“Mereka juga sudah buat yang terbaik. Saya nampak sendiri usaha mereka, bagaimana mereka bangkit dan bekerja keras untuk berada di tahap ini,” katanya kepada mStar.

Viviana berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika sidang media TTMM2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. 

Dalam pada itu, Viviana menerima keputusan penyingkiran tersebut dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai ketentuan takdir.

ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni, Viviana tersingkir minggu suku akhir

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ani Maiyuni dakwa jadi mangsa buli, rambut ditarik sampai tak boleh bernafas... Bertahun-tahun Viviana simpan kisah hitam

Malah, dia mengakui sukar untuk membuat penilaian memandangkan semua peserta mempunyai kelebihan tersendiri.

“Bagi saya, semua ini terletak pada takdir. Saya tak mampu nak cakap apa-apa sebab tengok semua orang memang bagus-bagus. Kalau saya jadi juri pun, saya akan rasa semuanya hebat. Saya pun rambang mata nak pilih.

“Apa yang saya boleh cakap, saya gembira sebab sekurang-kurangnya saya yang tersingkir. Saya tak sanggup tengok adik-adik seperti Anggrek, Cik B atau Amarra bersedih. Setiap kali nak umum keputusan, saya nampak mereka sentiasa risau.

“Saya dah anggap mereka macam keluarga, jadi saya tak suka tengok orang yang saya sayang bersedih," ujarnya. 

Sementara itu, Viviana berkata penyertaannya dalam TTMM2 memberi banyak pengalaman baharu terutama beraksi di pentas besar.

Viviana (tiga dari kanan) mohon netizen tidak memberi kecaman terhadap rakan seperjuangannya.

“Ini antara pendedahan yang saya dapat. Bukan senang nak menyanyi di atas pentas besar yang pernah dihiasi ramai artis terkena.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada ibu saya. Tanpa dia, saya tak akan berada di tahap ini,” katanya. 

Pada malam Ahad, Viviana dan pengurusnya, penyanyi Ani Maiyuni tersingkir di peringkat suku akhir TTMM2. 

Persembahan mereka menerusi lagu Jai Ho nyanyian A.R. Rahman dan The Pussycat Dolls gagal memikat hati juri untuk mara ke peringkat separuh akhir pada 21 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain