IMPIAN peserta Ani Maiyuni dan Viviana untuk terus beraksi di pentas program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) tidak kesampaian apabila nama mereka diumumkan tersingkir pada konsert suku akhir.Meskipun menerima pujian daripada juri Ani dan Viviana mendapat markah tercorot menerusi persembahan lagu Jai Ho nyanyian A. R. Rahman dan The Pussycat Dolls. Menurut juri tetap Datuk AC Mizal, persembahan yang dipamerkan Viviana menunjukkan peningkatan positif berbanding minggu-minggu sebelumnya.Viviana menyanyikan lagu Jai Ho pada minggu ini. “Pembukaan persembahan yang hebat. Nampak perkembangan awak setiap minggu. “Awak dah ready untuk perform kalau keluar program ini nanti,” katanya. Turut berada di tangga tiga terbawah adalah pasangan Datuk Seri Vida dan Cik B serta Safura dan Kim Khairii. ARTIKEL BERKAITAN: Juri guna 'golden card' dan imuniti penaja... Anggrek, Azeva terselamat TTMM2ARTIKEL BERKAITAN: Ameng ada hak tegur penampilan anak! A Aida minta peminat tak terus hukum… Azeva tidak pernah tinggal solatSementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu kelapan menjadi milik Datuk A. Aida dan Azeva. Hasil kemenangan itu, mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie. Pasangan Jamilul Hayat bersama anaknya, Hussain sekali lagi berjaya membawa pulang trofi Manager Paling Perform (MPP) pada minggu ini.Kim antara peserta tiga terbawah minggu ini. Enam peserta lain yang layak ke minggu separuh akhir adalah Jamilul Hayat dan Hussain, Datuk A. Aida dan Azeva, Azad Jazmin dan Amarra serta Adira dan Anggrek. TTMM2 dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi bersama barisan juri iaitu Che Puan Sarimah, Datuk AC Mizal serta Hael Husaini dan Bella Astillah selaku juri jemputan. Setiap pasangan dinilai secara keseluruhan pecahan 60 peratus untuk markah pengurus dan 40 peratus bagi artis bertanding. TTMM2 disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton menerusi Astro Ria (104) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!