suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azhan Rani hampir batal hasrat ke ASA 2026, ‘hadiahkan‘ trofi untuk ibu dan arwah bapa

Azhan tidak menjangka memenangi anugerah tersebut.

PELAKON Azhan Rani tidak menyangka namanya dinobatkan Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026).

Azhan, 50, berkata pada awalnya dia menjangkakan trofi itu bakal menjadi milik Allahyarham Jalil Hamid disebabkan bakat luar biasa dan pengorbanannya sepanjang dalam industri seni.

Malah, Azhan memaklumkan dia hampir membatalkan hasrat untuk hadir ke majlis itu kerana sibuk menguruskan keluarga dan ibunya.

Azhan menyangka trofi tersebut milik Jalil Hamid. 

“Saya memang jangkakan arwah Abang Jalil yang akan menang. Awal-awal lagi saya sudah titipkan ucapan tahniah kepada anaknya yang mewakili arwah dalam media sosial.

“Malah, saya sendiri hampir tidak hadir ke majlis ini. Ketika bersiap pun saya sempat buka semula 'blazer' dan terfikir tak perlu pergi. Ingat datang sekadar nak tepuk tangan sahaja,”  katanya kepada mStar selepas malam anugerah itu.

Berkongsi momen ketika namanya diumumkan, Azhan memberitahu dia langsung tidak mendengar judul drama yang diumumkan kerana dirinya tercalon menerusi dua karya berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani & Noorkhiriah ungguli ASA 2026... Rahim Razali dipilih Tokoh Seri Angkasa

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 3 bulan, Azhan Rani hilang IC kali ketiga

“Jujurnya, masa naik atas pentas saya langsung tidak tahu drama mana satu yang menang sebab tak dengar pengumuman tadi.

“Bila masuk ke belakang pentas, barulah saya tahu menang drama Wok. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh tenaga produksi Wok dan Unifi TV serta rasa hormat setinggi-tingginya buat arwah Abang Jalil,” ujarnya. 

Azhan dedikasikan trofi tersebut buat dua insan istimewa baginya. 

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Azhan mendedikasikan trofi kemenangannya khas buat dua insan paling istimewa yang menjadi kekuatannya selama ini.

“Kemenangan ini saya hadiahkan buat dua 'syurga' saya. Al-Fatihah buat arwah abah yang tidak sempat melihat detik ini.

“Tak mengapa, esok pagi sajalah saya cerita padanya,” tambahnya.

Artikel Lain