suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai 3 bulan, Azhan Rani hilang IC kali ketiga

Azhan marah dengan dirinya selepas berlaku kecuaian.

PELAKON Azhan Rani berdepan detik mencemaskan apabila dompetnya yang mengandungi kad pengenalan (IC) dan beberapa barangan penting hilang ketika berada di set penggambaran di Pasar Kajang, Selangor pada Isnin.

Azhan, 50, berkata, dia hanya menyedari kehilangan tersebut selepas pulang ke hotel pada lewat malam selepas terlalu sibuk di lokasi penggambaran sehingga tidak membuka beg silang yang dibawanya sepanjang hari.

"Cerita semalam, dompet aku dalam sling bag hilang lagi. Kali ini dekat set penggambaran di Pasar Kajang.

Azhan sudah tiga kali kehilangan kad pengenalannya.

"Aku tak perasan bila hilang sebab tak buka beg itu. Kunci kereta dalam itu pun aku tak keluarkan sebab dia sensor saja. Asal dekat boleh saja start.

"Dah lewat malam aku tak larat nak periksa. Sampai hotel baru perasan dompet dah hilang. Barang lain semua ada," kongsinya di Instagram.

Bimbang dengan perkara itu, dia kemudian menggeledah kereta sehingga lewat pagi sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani minta peminat tak bimbang kehilangan Noorkhiriah... “Ada masa seseorang rasa rimas, mahu rehat sekejap”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sama saja macam orang lain tiada apa yang istimewa” - Azhan Rani kena ‘mengorat’ dengan peminat di media sosial

"Dramalah lepas itu, habis geladah kereta sampai 2.30 pagi. Lepas itu buat laporan dekat Balai Polis Kajang, gedebak-gedebuk sampai dekat pukul 4 pagi.

"Balik terus pengsan macam orang baru balik clubbing," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, Azhan terpaksa menguruskan penggantian kad pengenalan pada awal pagi sebelum kembali ke lokasi untuk meneruskan penggambaran.

Katanya, situasi menjadi agak mencuit hati apabila dia terpaksa berulang-alik dari lokasi penggambaran ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam keadaan wajah dan tubuhnya dipenuhi darah semasa menjayakan babak lakonan.

Sebulan ke dua bulan ini IC aku pakai kertas putih saja.

AZHAN RANI

PELAKON

Dia turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan JPN Kajang yang membantunya mendapatkan IC sementara.

"Awal pagi bangun, set hati ini dekat stesen bas Kajang. Dongak atas, ada pejabat Pendaftaran Negara. Hari ini pula babak aku comot-comot berdarah-darah. 

"Pergi ambil nombor giliran, sambung shooting lepas itu lari balik naik atas dengan tangan darah-darah. Macam kena serang gorila," katanya berseloroh.

Azhan berulang alik untuk siapkan kad pengenalan diri sementara.

"Apa-apa pun terima kasih kakitangan JPN Kajang bantu dan memudahkan saya dapatkan IC sementara tadi. Terima kasih juga pengarah Eyra Rahman dan tim bagi masa aku selesaikan masalah ini tadi walaupun hari ini semua babak melibatkan aku," katanya.

Dalam pada itu Azhan mengakui kejadian itu bukan kali pertama berlaku kepadanya, malah ini merupakan kali ketiga dia kehilangan IC dalam tempoh kurang tiga bulan.

"Ini kali ketiga aku hilang. Tak sampai tiga bulan, hilang lagi. Jangan tanya berapa denda kali ini. Yang penting aku Malaysia, bukan Roro. Sebulan ke dua bulan ini IC aku pakai kertas putih saja.

"Hari ini aku marah diri sendiri," ujarnya.

Artikel Lain